ULASAN BUKU
Teknik Memotivasikan Anak Cara Positif
Spesifkasi:
Penulis: Tengku Asmadi Tengku Mohamad
Jumlah halaman: 146 muka surat
Penerbit: PTS Millennia Sdn. Bhd.
Cetakan tahun 2008
ISBN : 983-3604-93-5
Anak-anak dilahirkan ke dunia ini sebagai pemimpin yang hebat. Bagi menjadi pemimpin, Tuhan membekalkan anak-anak kita akal yang sempurna, bakat, kebolehan serta keupayaan yang luar biasa. Tugas ibu bapa adalah mencari dan membongkar semua potensi kehebatan ini. Apabila mereka gagal, yakinlah itu bukan dirinya yang sebenar.
Alangkah seronoknya jika ibu bapa mempunyai anak yang pandai mengurus diri, belajar dengan cemerlang dan menyiapkan kerja sekolah tanpa disuruh.
Buku ini membongkar tip-tip dan panduan bagi mendidik anak cara positif dan praktikal. Turut memuatkan kajian kes dan kisah keibubapaan yang memberikan inspirasi kepada semua ibu bapa.