• Bahasa Melayu
  • English

peta hubungi maklumbalas faq
Search

ULASAN BUKU BULAN OGOS 2021 (BIL. 1/2021)

ULASAN BUKU

Seni Bercakap-cakap dan Berbual-bual

Spesifkasi:

Penulis: Abdullah Hassan & Ainon Mohd

Jumlah halaman: 293 muka surat

Penerbit: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.

Cetakan tahun 2001

ISBN : 983-2311-01-2

 

Kepetahan bercakap adalah sejenis bakat. Ada individu, sejak kecil-kecil lagi sudah petah bercakap, tetapi berkomunikasi bukan setakat bercakap kerana tanpa bercakap pun seseorang itu boleh berkomunikasi. Kemahiran berkomunikasi mesti dipelajari, sebagaimana kita mempelajari ilmu pengetahuan yang lain.

Menurut pakar-pakar psikologi, salah satu faktor yang membolehkan seseorang itu lebih berjaya di dalam pekerjaannya ialah kemahiran bercakap-cakap dan berbual-bual dengan mereka yang penting dalam kerjayanya.

Kemahiran berkomunikasi juga amat mempengaruhi kebahagiaan seseorang kerana ia adalah alat penting bagi mencipta hubungan rapat dengan individu-individu lain. Hubungan yang rapat seperti itu boleh didapati melalui proses bercakap-cakap dan berbual-bual yang efektif.

Buku ini menerangkan teknik-teknik yang membolehkan anda menjadi popular di kalangan rakan-rakan sosial anda.

*Buku ini boleh didapati di Perpustakaan INSTUN di rak 158.1 ABD

Skip to content