• Bahasa Melayu
  • English

peta hubungi maklumbalas faq
Search

ULASAN BUKU BULAN OGOS BIL.1 /2022

Spesifikasi:

Penulis: Ab. Aziz Yusof
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka
ISBN: 9789834917142
Cetakan/Mula Kegunaan: 2018
Saiz: 14cm x 21.5cm 
Muka Surat Termasuk Kulit: 309
Jenis Kulit: Kulit Nipis
Berat: 0.390kg
Kategori: Kesihatan

 

Pelaksanaan penilaian prestasi menjemput pengurus untuk berhadapan dengan pelbagai masalah. Antaranya boleh menyebabkan produktiviti kerja pekerja menurun, komitmen terhadap pekerjaan terhakis, kepuasan kerja merudum, imej pengurus terjejas dan organisasi akan kehilangan kelebihan kompetitif. Kegagalan pengurus untuk melakukan bedah siasat begi mengenal pasti petanda awal permasalahan laksana barah yang menyerang seseorang tanpa disedari. Virus ini merebak dengan cepat jika tidak diberikan rawatan segera. Pelbagai masalah menunggu jika pengurus gagal menanganinya dengan berkesan. Dalam usaha mereka untuk menanganinya, pengurus sering terhimpit dan tersepit antara dua keadaan iaitu mencapai tuntutan organisasi dengan memenuhi tuntutan pekerja. Senario ini menyebabkan pelaksanaan penilaian prestasi diterima sebagai fungsi yang tidak menyenangkan, memudarkan produktiviti, mengusutkan keadaan dan mengundang pelbagai kesukaran.

 

*Buku ini boleh didapati di Perpustakaan INSTUN di rak 658.3125 AAY

Skip to content